Memaparkan catatan dengan label h i d u p. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label h i d u p. Papar semua catatan

18 Disember 2012

Mereka Ini Kesayanganku

Rindu Itu Pasti

Cerita lagi..
Suka gembira mereka memulakannya,
Menangis duka mereka juga melaluinya,
Susah derita dikongsi bersama,

Ceria ketawa terbahak-bahak pon mereka juga ada,
Cerita ini benar belaka,
Tiada mereka.. hidup ini hampa,
Pemula hari kenalan baru,
Yang salah ditegur, yang sakit dijaga,
Indahnya perhubungan ini dilalui tidak kira apa jua yang akan melanda,

Sudah setahun perkenalan bersama mereka,
Sehingga kini masih dirasa damainya,
Terkebil-kebil malu berbicara pada mulanya.
Tapi kita tak nak kalah berdebat berbicara..

Mereka ini membawa bahagia,
Mereka juga merasa mengajar erti saudara,
Sayang jangan disalah erti pula,
Sayang semua kerana sayang Dia Yang Maha Esa..

Ikatan tali ukhwah disimpul bersama menjadi jati hingga ke syurga.
Amin Ya Rabb..

#pembongakYangJujur

23 Februari 2012

- k e M a n a -

Hari itu sudah pergi,
Menatapnya tidaklah lagi,
Lemas diombak masa lalu,
Mati dalam hidup,
Kontangnya laut jiwa

Berjalan di atas sisa-sisa nestapa,
Berguling sendiri merangkak-rangkak,
Mencari-cari dataran berpenghuni,
Menangis titisan pasir kehilangan gurunnya,
Hilang terikan sang pemanas malam,

Bersujud khalifah bumi,
Memohon sejuta rezeki,
Tadahan jemari menapak memuka langit,
Menjadi hina terlalu alpa

Tersungkur sujud ke asalnya,
Rebah mengharap selohong cahaya,
Terjatuh membangunkan diri,

Malulah Si Musafir haus,
Dahaga melihat fatamorgana,
Doanya datang dari cahaya cinta,
Maha Pencipta lagi Berkuasa...

28 Disember 2011

Teman Bisu

Bobot

Teman aku bisu
Cakap sikit pun tak
Meniarap bila tidur
Makan tak jamah
Muka perasaan hilang 
Tapi aku suka sebab 
selalu teman bila aku jadi bisu kata

Aku hidup dengan teman
Teman itu buat aku rasa tidur itu bukan mimpi
Berjalan di atas tilam api
Terasa seperti menari di awan

Sungguh aku ingati menghargai tika itu
Biar sakit, biar aku rebah, biar aku koma
Teman itu menjadi pemuncak cerita


08 Oktober 2011

HidupHidup Berputar

MyHouseMate #Location : Sg.Besar


Hati banyak cakap, Mulut diam jer |...

Salam penenun kata.

Kata banyak nak di curah
Otak tak berhenti nak bermadah
Jiwa selalu melimpah
Tangan ke sana ke mari
Kaki apetah lagi
Telinga asyik ditujah-tujah
tapi..
Mulut hanya terlekat berkawad bersenang diri

Tak mudah meluah apa yang terOtak oleh minda
Mungkin pengajaran mengajar pengalaman sendiri
Jatuh sudah
Bangun pun sudah
Hanya kiraan perjalanan yang masih dihitung
Kata nak terludah saja
Tapi mulut tetap menyimpan
Hati sudah penat merajuk

Jiwa mengeras apa lagi hati yang semakin kekeringan
Telinga sudah ada tembok kalis bunyi
Maka semua membisu juga tuli
Tak padan dengan situasi
Yang benar.. Yang salah..
semua jadi sama
tutuplah segala jendela bicara organ

DIAM itu yang paling mereka suka
membuat persoalan yang sering si wartawan Iman tertanye2...

17 Januari 2011

si pekerja penat

aku lalui masa lampau yang hebat
sungguh penat buat itu ini sendiri
tapi sentiasa diteman iman untuk kekuatan
menoleh kebelakang untuk beberapa kali
aku suka begini
menghilang duka dalam keringat

bila malam tiba
aku takut sesuatu yang sangat hiba
ta rela di jenguk hati lagi
biarlah begini
penat untuk mencari sebutir rezeki
syukur ke hadrat Ilahi

segala yang ku cari tidak ditemui
namun semangat untuk terus mencari belum pudar lagi

ikutlah jika mahu
tinggallah jika perlu
aku tak memaksa
kedukaan hilang seketika
dikala peluh kerjaya melingkar wajah

inilah dewasa.

01 Januari 2011

buat kali pertama digaji

rahsia dari teman
erm.
biar mereka leka sebentar.
aku masih tunggu si itu.
sangat tidak bersemangat untuk mula tahun baru.
digaji itu pasti seronok tapi bagi aku
itu untuk menghilang duka sahaja.

aku ingin lihat sejauh mana si itu bertahan.
salam.

28 Disember 2010

hidup rumit bersaudara

sebuah perhubungan persahabatan dan adik-beradik
tidak akan goyah jika kita percaya dan jujur
mudah menerima teguran dan manjadi pendengar terbaik
membuat mereka gembira dan menangis adalah satu perasaan
berhikmah membuat sesuatu yang dapat dirasai
biar apa pun kita rasa.

masih dirundum kesedihan kerana sesuatu yang orang lain
menganggap remeh temeh tetapi bagi kita
sangat bermakna dan tak terhingga peritnya
pasti terjadi salah fahaman tapi itu bukan penyebab
keretakan hubungan ini.

Allah itu Maha Penyayang dan Adil.
Jadikan sesuatu peristiwa iktibar dan pedoman.
Mungkin salah aku atau aku memang selalu leka
untuk sahabat, aku terlalu sensitif namun segalanya bermula dengan keikhlasan..
Percaya dan bersyukur dengan apa yang ada.

03 Oktober 2010

si tenat menanti si sihat

si tenat sihat untuk pulihkan semangat si sihat yang sakit... si sihat tak sedar si tenat tak banyak masa lagi untuk bertahan namun si tenat tetap mengutamakan si sihat... nampak tak si sihat, kamu ada 'sahabat' yang sangat prihatin kepada kamu.. kamu perasan tak?

si tenat akan pergi.. kenapa si sihat masih tidak sedar akan kehilangannya.. sayang sekali. si sihat akan merasa kehilangan bila si tenat betul-betul tiada di hadapannnya..

si tenat redha, dia faham akan si sihat yang sentiasa mengejar yang bukan didepan mata.. bila hilang dicari bagai mengharap bertaruh nyawa dan bila di depan mata dia lebih menguja yang lain kerana dia tersangat pasti akan kekalan yang di depan mata itu... sebenarnya di depan mata itulah akan hilang selamanya.. kerana hadirnya adalah untuk membahagiakan si sihat sekadar kemampuannya yang sementara... 


si tenat ini mengharapkan si sihat dapat melalui hari-hari seterusnya dengan gigih selepas pemergian dia.
si sihat pasti boleh berdikari.. Insya Allah...

26 Ogos 2010

kejang otak.

selalu dikerah
sering diperah
kerap digerak

ia padat
tiada masa untuk
mengosongi
dilibas pula si masalah

makin kusut
mula menyusut
ia kejang direkut

beri masa untuknya
supaya memulih diri
seperti kala

salam si pekejang otak.

12 Ogos 2010

sahabat terbaik.

hadirnya menyentuh hati
memberi harapan yang pasti
hatinya dilukai
dirinya disukari
terdetik rasa menolak segala harta dunia

kerana keikhlasan luhurnya
di mana jiwa halus
memberi nasihat dan pedoman

sebak terasa menjemput
kekesalan

ternyata itu yang dicari
keperitan meniti ranjau kekeluargaan
menyerah semua kerana itu

namun selepasnya
itulah yang digali
diperut bumi perhubungan
jiwa diselami bersama
kepayahan dan kesenangan hanya ujian dariNya

menguji kesetiaan persahabatan
sungguh terharu mempunyai itu
itu adalah segalanya
hanya satu
sahabat terbaik
itu memahami diri
sepanjang penitian hati hidup
hanya dia
kasih sayangnya seperti ibu, nenda dan kakak

telah dilukai hatinya lagi
palah daya si tenat ini
takdir hanya diserah
peluang ada hanya tinggal dilakukan

kerana ini
itu dicalari lagi
kerana itu diberi peluang sekali lagi.

itulah sahabat terbaik.

06 Ogos 2010

janji itu aku mungkiri.

tidak aku duga
apa yang jadi adalah suratan Ilahi
janji aku sudah tidak ku tepati
mungkin aku tidak dapat bertemu mu lagi

nyawa aku seperti di leher ini
ingin keluar berjumpa Yang Esa
jangan kau bersedih hati
aku memang ingin sekali
ke sana menemui mu

apalah daya aku ini
harap kau fahami
aku tahu sedhi hati mu
aku mahu kau kuat kan hati
aku mahu kau sabar

aku hanyalah merancang
yang lebih Berkuasa telah menakdirkannya
aku pasti dan ikhtiar lagi
untuk kau tidak kesepian
aku ingin menjadi teman mu
di kala susah dan senang

maaf sejuta kali maaf
aku tidak berdaya untuk melawan takdir
fahami aku, kerana aku selalu memahami mu

tidak lagi aku petah berkata
kerana aku tidak sepantas dahulu
doa mu adalah semangat ku
semoga aku sembuh untuk ketemu dengan mu

kaulah semangat aku
kau terima aku seadanya
kau beri aku harapan semua
tapi kini aku mengecewakan mu

MAAF tidak terhingga dari ku
maaf...maaf...maaf...maaf...
harapan aku
semoga kamu kuat,tabah,sabar dan sentiasa mengingati Dia Yang Satu..

03 Ogos 2010

Retakan Pada Balingan

Telunjuk keluar
Kelingking pun keluar
Terasing daripada pembaling yang lain

Hantu masuk
Manis masuk juga
Ibu pasti masuk

Telunjuk dan Kelingking juga tidak kurang hebat
menjadi penyokong setia bagi keluarga mereka

Tanggungan 12kg sungguh rumit
kerana selama ini, hanya 11kg ke bawah sahaja
mereka boleh mengawal si pin-pin daripada tegak.

Daya memain peranan menghayun karat-karat
tulang lalu belari si bola merjah si pin.

dan strike.. berjaya si keluarga jari..
mencapai satu matlamat .
BAHAGIA mereka.

Si Pembongak ceria

Dasyat Berus Warna

salam pengkarya.




Si Berus Warna
Keposan idea mengikis otak aku
Aku sedia menloret warna
Tanda ilham datang semula
Sukarlah nak di adu
Mengapa nak di talu?

Lembutnya berus mengatur alunan
Mencipta seni bukan sialan
Kembang jemari aku
Terjerut si warna belut

Asyik meniarap mengejar 
Lelehan mutiara kecantikan
Di sapu pula minyak tanah
Untuk pengekalan

Sekeping kain kapan lukisan
Menjadi kemelut kesenian
Fahami seninya
Kerana hati si Bunchor 
Sudah tertawan dengan si berus pelakaran..

Dasyat penangan si berus warna ini
Hingga si kaya jadi layu mencium sembah ke meja seni.

02 Ogos 2010

- C i n t a Nya -

c.i.n.t.a
Cinta datang mengundang hiba

Rasa menanti bahagia
Esok aku ceria
Seabad lagi rohani menderita

Menangis si hati kerdil
Sungguh angkuh memuja
Segalanya ternyata tipu
Apa takdirnya aku terima

Cinta
Aku faham itu
Tapi cinta yang utama
Belum aku kecapi
Sungguhpun yang ada cintanya tidak kekal lama.

Muhasabah untuk ku berdiri teguh atas CINTAnya

26 Julai 2010

hari itu aku pergi.

mungkin hari itu
 salam perantau jiwa.

kembara
rantauan pergi
julang kejayaan yang biasa kali
mungkin ini sudah rezeki

kini aku pergi lagi
pasti semula yang ini
rezeki sendiri juga teman

dia mahu menangis tatkala
aku mengatakan

tanya lagi dia tentang ragunya
aku jawab dengan pasti
kerana tidak pernah bermain hal semacam ini

musykil ku untuk dia tidak mahu aku ke sana
tapi tidak
dia hanya tidak mahu memaksa ku

tanya lagi dia
bagaimana hatiku
aku beritahu tentang keputusan itu

aku mahu pergi hari itu.
jangan ragu
pasti ini merantau sebelum tiba bulan mulia.

restu ayah bonda ku perlu.

02 Jun 2010

terima kasih.

salam.
terima kasih untuk semua

kerana anda semua adalah
penjalan cerita hidup aku
kerana anda menjadi
matahari di kala siang ku
menjadi bulan dan bintang
untuk terangi gelap malam ku
menjadi angin yang sentiasa
berada di sekeliling ku

inilah terima kasih ku
tiada apa dapat ku beri
terima kasih adalah segalanya
berbanyak terima kasih




pilu itu perasaan.

salam pencheritha.

kenangan menjadi tugu
membuah pengalaman
tiada perit berjalan tanpanya
gosoklah hati yang berdebu
agar dapat lihat jernihnya hati itu

tiada memori ditinggal sengaja
kerana pemilik hati selalu meggilapnya
pergilah fitnah sebab aku punya
percaya

percaya itu perlu
untuk hati yang ikhlas
disitu letaknya
perisai fitnah
jadi percayalah kepada mereka
kerana fitnah itu umpama fatamorgana hidup
yang wujud tetapi hanya sekadar untuk dipandang
bukan dirasa.

sungguhpun pilu
tetapi masih percaya
sudah cukup bagiku.

19 Mei 2010

pendebar OtaK.

degup seperti beliung
menyerang otak
gegar seluruh jasad
semakin hampir
pecah sudah waktunya
pertalian masih dingin
ingin di sejuk beku
perlu lupa semua
kemaafan di beri dan ditadah

lupalah semua
kerana telah hampir
meragut mental
melumpuh fizikal
tenang.

09 Mei 2010

wasiat tipu

pemegang pena
membasah kulit pokok
garis coret terbentuk
leka mengalun jemari
mulut terngamit melancar sesuatu
mata membilah garis halus pena
fikir lagi otak
membongkah segulung kalam
mengerti seinfiniti kata
kerlipan bintang keringat
menyendeng dinding kayu
penuh muka si kulit pokok
nada beralun leka
pencetus wasiat silam
pemegang amanah meneliti cebisan
nafas lega dihela
mengenggam wasiat wasilah pembilang kata

cekap si pembela memutar belit fakta sejarah mereka.