Memaparkan catatan dengan label d i r i. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label d i r i. Papar semua catatan

26 Ogos 2010

kejang otak.

selalu dikerah
sering diperah
kerap digerak

ia padat
tiada masa untuk
mengosongi
dilibas pula si masalah

makin kusut
mula menyusut
ia kejang direkut

beri masa untuknya
supaya memulih diri
seperti kala

salam si pekejang otak.

03 Ogos 2010

Dasyat Berus Warna

salam pengkarya.




Si Berus Warna
Keposan idea mengikis otak aku
Aku sedia menloret warna
Tanda ilham datang semula
Sukarlah nak di adu
Mengapa nak di talu?

Lembutnya berus mengatur alunan
Mencipta seni bukan sialan
Kembang jemari aku
Terjerut si warna belut

Asyik meniarap mengejar 
Lelehan mutiara kecantikan
Di sapu pula minyak tanah
Untuk pengekalan

Sekeping kain kapan lukisan
Menjadi kemelut kesenian
Fahami seninya
Kerana hati si Bunchor 
Sudah tertawan dengan si berus pelakaran..

Dasyat penangan si berus warna ini
Hingga si kaya jadi layu mencium sembah ke meja seni.

02 Ogos 2010

- C i n t a Nya -

c.i.n.t.a
Cinta datang mengundang hiba

Rasa menanti bahagia
Esok aku ceria
Seabad lagi rohani menderita

Menangis si hati kerdil
Sungguh angkuh memuja
Segalanya ternyata tipu
Apa takdirnya aku terima

Cinta
Aku faham itu
Tapi cinta yang utama
Belum aku kecapi
Sungguhpun yang ada cintanya tidak kekal lama.

Muhasabah untuk ku berdiri teguh atas CINTAnya

19 Mei 2010

pendebar OtaK.

degup seperti beliung
menyerang otak
gegar seluruh jasad
semakin hampir
pecah sudah waktunya
pertalian masih dingin
ingin di sejuk beku
perlu lupa semua
kemaafan di beri dan ditadah

lupalah semua
kerana telah hampir
meragut mental
melumpuh fizikal
tenang.

09 Mei 2010

pedih la.

faham tak?
penah rasa tak?
kenapa perlu alami lagi?
cukup sekali...

memang pedih
ada perasaan ke?
kenapa pedih lagi ni?
mungkin yang dulu tidak sempurna lagi..

cari-cari..
apa yang salah ni??

penjangkau mimpi rasuk.

07 Mei 2010

punca leka.

cerna maya
bakar lena kilau hati
peluh lebat
kati berani
leka ilusi
karat mati
sipu gugup
mentari senja sepi.

futurama alam leka.

03 Mei 2010

bukan patah.tunggu..

salam pembuka kalam.

rasa macam patah
nampak macam rapuh
sentuh seperti lemau

kali ini memang susah
keadaan kritikal
antara patah atau bukan
segala kemungkinan ada

masih terpaku
menanti saat keajaiban tiba
masih menunggu walau tenat
harapan masih ada
tunggu lagi

tunggu
mesti tunggu

30 April 2010

warkah cinta buatmu HATI


salam penulis warkah.


hati,

janganlah kau sibuk mengejar duniawi

tapi kejarlah cinta pencipta dunia ini.
hati janganlah kau lekakan jiwa dengan angan-angan

sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu diraih
hati usah kau risaukan kesunyian

kerna pasti akan dipertemankan teman setiamu
hati sedarlah dikau ujian itu sunnah perjuangan

tapi 
kau masih terlalu rapuh menghadapinya
bersabarlah, perjuangan masih jauh

teruskanlah amalanmu, hentikan anganmu
teruskan doamu dan berdoalah selalu...

jangan sedih kasih.

Jangan bersedih
Kekasih Allah akan dihadiahi
dugaan hebat tanda kasihNya

Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka
Tidak dibiarkan lena
dalam nikmat melimpah

Tapi dihidangkan keperitan susah
payah yang tiada sudah.

AnugerahNya membuat kita
menangis akan kasihNya
memberi kita nikmat syurga

Jadi jangan bersedih sahabat..

24 April 2010

kata pagi.

salam pencari kata

sunyi pagi kerana lena
madah indah kabus kata
tiupan sayu gema laungannya
mengajak kita sujud pada Pencipta

manik dingin menyimbah muka
menyentuh rasa penyegar jiwa
menyuci diri dari dosa

takbir di laung dengan ikhlasnya
menunduk ruku' menghayatiNya
sujud tanda takut padaNya
menyembah syukur nikmat kurniaanNya
duduk tanda tomakninahnya
menunjuk bahawa Islam tidak tergesa
tahiyat juga  petunjuk keredhaan ketentuanNya
salam diberi pengakhir fe'elnya

datang pula tenang jiwa
menadah tapak jemari
memohon dan mencurah segala
tiada tempat yang terindah
melainkan kembali berserah sebulat
pada Maha Pencipta Alam Tercinta

sembah sujud kepada Ahad Yang Esa

09 April 2010

penguntung leka.

salam.

kasih teman sudah lari
teman dicari
si bongkak terus leka

dunia cyber
mendekatkan yang paling jauh
namun ia juga membuat kita renggang
bila berdekatan

apa lagi yang dicari
mungkin hiburan fantasi

menepis madah berisi.

03 April 2010

pagi yg sakit.

ada rasa nk mandi
tapi sakit lagi
bila nak sembuh

macam macam sudah jadi
badan sakit hati sakit
bila nak sembuh

keluar cari bius
bius si pelali sakit
tak mahu penawar
ia akan hilangkan rasa sakit

akan tiadalah lagi sakit nanti
maka aku akan lagi sakit
tanpa itu

biar bius sakit itu
akan akan merasa lagi
untuk ku hayati apa itu SAKIT


BIUSs a k i t

02 April 2010

mendaSadeh

salam peneroka
Komputer riba aku patah
kerna dek si kecil pemacu pena
segala virus yang paling kejam
meratah komponen dalamnya
tidak seperti biasa tingkahnya
menemani sikecil dengan melindungi
tubuhnya dengan si perkasa Avira

kali ini lain
dia sudah berubah
menjadi bukan seperti biasa
menjeling jarak kerna
sudah tercemar dengan pembawa wabak
sudah tidak suci lagi sikecil
dengan indah akhlaknya
kerna itu komputer riba ku
menjadi bak mayat yang rapuh
tulang temulangnya

sakit memang sakit
tapi apa kan daya
sudah takdir yang di beri
redha akan perpisahan dan apa
jua kehilangan

Alhamdulillah..
rezeki aku murah
aku diberi komputer riba baru
dengan lebih baik isinya
dan kuat pertahanan antibody-nya
pemacu pena ku kini di tukar namanya
kepada pemacu cakera keras

tidak ku risau
kerana pelindungnya
lebih kuat dari Avira
kerna segagah namanya hingga ke German
menempah nama sebagai Kapersky 2010

hidup diganti dengan yg lebih baik
selepas kita diuji dengan yg amat perit dulu
Salam si juruteknik handalan...

29 Mac 2010

m a d a h Usang

salam pencheritha


lama ta bertinta
sangat rindu aku ini
semua kata sebelum
memahat di lorong hati
 
hari ini aku
dapat kembali
kata pinta beroleh erti
 
cukup ini
mendinginkan hati
merajuk rindu
pada blog ku ini..

28 Disember 2009

P E L A N G I s e n d i r i

salam pencheritha

hadirnya cahaya
menyilaukan mata hati
mmenekap kanta gelap
menelusi fasih bilasannya

curahan pancaran memantuli
segenap jiwa
pelukan rambang kegelapan
membuat lubang kecil
tidak boleh menembusinya

tujuh warna kehidupan
bilasan itu
menceriakan hidup
tanpa luka

menoleh sekali cahaya
subur jiwanya
semua itu
dengan adanya
cahaya yang bijaksana

16 Disember 2009

t a h i M U K A



salam pencheritha



riak air wajah
menggodek perasaan
merobek fikiran
menelan perasaan

terkedu limpa
semua organ manusia
mencebik tanpa rasa
membuat hati pecah mencuka


menhidu tinggi
aroma cita
membuai kata
bak pendeta

menuai baja
membuah benih jiwa
kata putus
sudah sedia
mencipta tanda di muka

itulah kenalan
untuk bersemuka
ia tahi wajahnya

15.12.09

08 Disember 2009

S Y U R G A h a t i

salam pencheritha

kaki selebar dua jari bonda
merangkak mencari jalan masa
gigilan betis memakai sepatu pertama
langkah sulong mencuba lagi

sudah gagah berkejaran
mulalah lembutkan lidah
patah-patah sebutan dimadahkan
walau petah tetap gagap bicara

ubun semakin keras
jatuh bangun semula
tangis dirajuk
ketawa dipujuk

rambut-rambut lebat memancar
bening matang keluar
mula menghendap ilmu
tegar lama erti hidup
untuk ini

alam kedua kehidupan
sudah pandai berputik kasih
bermain cinta insan

batas di garis
tidak dilupa agama
titik perubahan di lema
kehidupan dan cita
dikejar bersama

kasih di ikat
lumrah kejadian
menjadi waris kepada pewaris

titik mua telah kelihatan
erti siaplah akan bekalan
hanya tunggu panggilan
menerima sebulat jiwa

percaya akan kehidupan abadi di sana
memadai pada peganganNya
nescaya dapatlah syurga hati
yang di idam oleh semua jiwa beroh cahaya
berjasad tanah ini

Ke Sekolah Kerja

salam pencheritha

Pagi lagi sudah lewat
kaki beku dek suhu
menegak kan bulu kaki ku

dengan perlahan memisu
memetik besi pintu kamar
mecapai kain tebal berbulu

sebelum itu
aku pusing tombol kipas
ke angka kosong

sangat dingin
menolak plastik yang
memisahkan bahagian bilik air dan dapur

sejuk hingga kaki ku
terlompat agak semeter tingginya
menongkah arus bersih
sucikan diri

siap pakaian kerja di hanguskan
aku bersiap memakai peharum hidu
mencapai topi keras becermin

menaiki kenderaan berenjin
beroda dua menuju
destinasi kerjaya

begitu rutin pagi ke
tempat yang ku panggil
Sekolah kerja

23 November 2009

k.a.w.a.n

salam pencherita

kenal dulu
kesipu-sipuan
kunun segan
ke mana pergi bersama
keluar bersuka
kesakitan menangis
kesemuanya di rasai bersama


ada masalah, settle dengan dia
apa yang tak kena, juga ikut pendapat dia
asal salah faham je,
abis semua keluar kata-kata
akan bercantum semula jua


walau bersengketa tetap beralah
wadahnya seorang sudah lembur hati


akan tercetus memoir bersama
alah bisa tegal biasa
ambil pepatah sebagai panduan berkawan


namun semua yang bermula
akan berakhir
naik turun kisah berkawan
tetap di ingatan
cerita pada anak cucu
tentang siapa dia
K.A.W.A.N

20 November 2009

LariTALI

salam pencheritha



Aku jalan
daun menyapa aku
Dia tanya
'kenapa berlari?'
Jawab aku
'Gitar berbunyi'
Aku jalan lagi
pasir berbisik
'apa terjadi '
Jawab aku
' melodi panggil'

Aku teruskan berjalan
terserempak dengan pokok
Beliau kata
' kenapa ni'
Macam biasa, aku
' dengarkanlah pokok'

Kaki terus melangkah
tiba-tiba busut
memberitahu yang lain
' wahai kawan semua,
lihat di sana. Hujan menyanyi
dengan matahari '

Mereka menjawab
' kami tak suka kugiran malaya'

Aku laung kuat
' sebenarnya aku yang nak menyanyi! '

TAMAT kesah ulam-ulam hidup permitos khayalan