08 Disember 2009

S Y U R G A h a t i

salam pencheritha

kaki selebar dua jari bonda
merangkak mencari jalan masa
gigilan betis memakai sepatu pertama
langkah sulong mencuba lagi

sudah gagah berkejaran
mulalah lembutkan lidah
patah-patah sebutan dimadahkan
walau petah tetap gagap bicara

ubun semakin keras
jatuh bangun semula
tangis dirajuk
ketawa dipujuk

rambut-rambut lebat memancar
bening matang keluar
mula menghendap ilmu
tegar lama erti hidup
untuk ini

alam kedua kehidupan
sudah pandai berputik kasih
bermain cinta insan

batas di garis
tidak dilupa agama
titik perubahan di lema
kehidupan dan cita
dikejar bersama

kasih di ikat
lumrah kejadian
menjadi waris kepada pewaris

titik mua telah kelihatan
erti siaplah akan bekalan
hanya tunggu panggilan
menerima sebulat jiwa

percaya akan kehidupan abadi di sana
memadai pada peganganNya
nescaya dapatlah syurga hati
yang di idam oleh semua jiwa beroh cahaya
berjasad tanah ini

Tiada ulasan: