Memaparkan catatan dengan label cheritha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cheritha. Papar semua catatan

19 Mei 2010

pendebar OtaK.

degup seperti beliung
menyerang otak
gegar seluruh jasad
semakin hampir
pecah sudah waktunya
pertalian masih dingin
ingin di sejuk beku
perlu lupa semua
kemaafan di beri dan ditadah

lupalah semua
kerana telah hampir
meragut mental
melumpuh fizikal
tenang.

30 April 2010

jangan sedih kasih.

Jangan bersedih
Kekasih Allah akan dihadiahi
dugaan hebat tanda kasihNya

Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka
Tidak dibiarkan lena
dalam nikmat melimpah

Tapi dihidangkan keperitan susah
payah yang tiada sudah.

AnugerahNya membuat kita
menangis akan kasihNya
memberi kita nikmat syurga

Jadi jangan bersedih sahabat..

24 April 2010

kata pagi.

salam pencari kata

sunyi pagi kerana lena
madah indah kabus kata
tiupan sayu gema laungannya
mengajak kita sujud pada Pencipta

manik dingin menyimbah muka
menyentuh rasa penyegar jiwa
menyuci diri dari dosa

takbir di laung dengan ikhlasnya
menunduk ruku' menghayatiNya
sujud tanda takut padaNya
menyembah syukur nikmat kurniaanNya
duduk tanda tomakninahnya
menunjuk bahawa Islam tidak tergesa
tahiyat juga  petunjuk keredhaan ketentuanNya
salam diberi pengakhir fe'elnya

datang pula tenang jiwa
menadah tapak jemari
memohon dan mencurah segala
tiada tempat yang terindah
melainkan kembali berserah sebulat
pada Maha Pencipta Alam Tercinta

sembah sujud kepada Ahad Yang Esa

28 Disember 2009

P E L A N G I s e n d i r i

salam pencheritha

hadirnya cahaya
menyilaukan mata hati
mmenekap kanta gelap
menelusi fasih bilasannya

curahan pancaran memantuli
segenap jiwa
pelukan rambang kegelapan
membuat lubang kecil
tidak boleh menembusinya

tujuh warna kehidupan
bilasan itu
menceriakan hidup
tanpa luka

menoleh sekali cahaya
subur jiwanya
semua itu
dengan adanya
cahaya yang bijaksana

16 Disember 2009

t a h i M U K A



salam pencheritha



riak air wajah
menggodek perasaan
merobek fikiran
menelan perasaan

terkedu limpa
semua organ manusia
mencebik tanpa rasa
membuat hati pecah mencuka


menhidu tinggi
aroma cita
membuai kata
bak pendeta

menuai baja
membuah benih jiwa
kata putus
sudah sedia
mencipta tanda di muka

itulah kenalan
untuk bersemuka
ia tahi wajahnya

15.12.09

08 Disember 2009

S Y U R G A h a t i

salam pencheritha

kaki selebar dua jari bonda
merangkak mencari jalan masa
gigilan betis memakai sepatu pertama
langkah sulong mencuba lagi

sudah gagah berkejaran
mulalah lembutkan lidah
patah-patah sebutan dimadahkan
walau petah tetap gagap bicara

ubun semakin keras
jatuh bangun semula
tangis dirajuk
ketawa dipujuk

rambut-rambut lebat memancar
bening matang keluar
mula menghendap ilmu
tegar lama erti hidup
untuk ini

alam kedua kehidupan
sudah pandai berputik kasih
bermain cinta insan

batas di garis
tidak dilupa agama
titik perubahan di lema
kehidupan dan cita
dikejar bersama

kasih di ikat
lumrah kejadian
menjadi waris kepada pewaris

titik mua telah kelihatan
erti siaplah akan bekalan
hanya tunggu panggilan
menerima sebulat jiwa

percaya akan kehidupan abadi di sana
memadai pada peganganNya
nescaya dapatlah syurga hati
yang di idam oleh semua jiwa beroh cahaya
berjasad tanah ini

20 November 2009

LariTALI

salam pencheritha



Aku jalan
daun menyapa aku
Dia tanya
'kenapa berlari?'
Jawab aku
'Gitar berbunyi'
Aku jalan lagi
pasir berbisik
'apa terjadi '
Jawab aku
' melodi panggil'

Aku teruskan berjalan
terserempak dengan pokok
Beliau kata
' kenapa ni'
Macam biasa, aku
' dengarkanlah pokok'

Kaki terus melangkah
tiba-tiba busut
memberitahu yang lain
' wahai kawan semua,
lihat di sana. Hujan menyanyi
dengan matahari '

Mereka menjawab
' kami tak suka kugiran malaya'

Aku laung kuat
' sebenarnya aku yang nak menyanyi! '

TAMAT kesah ulam-ulam hidup permitos khayalan

19 November 2009

penawar hati kertas.

salam pencheritha


Penawar cari pita lekat
tampal kesan robekan
hati kertas ini


Kawan cakap
kenape dengan hati kertas


Aku tunjuk pisau cinta
Tanda angkara dia


Hati kertas sudah rapat
Nampak sedikit comot
Kerana dek tangan penawarnya kotor


Nampak lebih rapat
Dari sebelumnya
Penawar buat dia
Kembali ke bentuk asal


Penawar buang jauh pisau cinta
Kerana dia
Hati kertas tercedera


Hati kertas sudah pulih
Namun kesan garis dari pisau cinta
Akan tetap nampak


Walau di tutup dengan pita lekat
Penawar tahu Hati Kertas tetap
akan ingat akan Pisau Cinta


Penawar menyimpan Hati Kertas
di Peti Besi jantungnya
agar Hati Kertas tidak dilukai lagi


Hati Kertas selamat
Bersama penjaga Peti Besi Penawar


Pisau Cinta menjadi tumpul
Serta semakin karat
Kerana lumrah sifatnya
Besi yang cepat berkarat
Dan tumpul jika tidak di guna





18 November 2009

S i D i a K a k k U



salam pencheritha




Cherita Pa ni


Seperti biasa pulang kerja
Penat lenguh singgah di tubuh
Si dia sampai dengan mimik lesu


Titis hampasan awan
Mencicah anggota
Lalu kuyuplah kami


Di teratak pinjaman
Si dia terus rebah ke span empuk
Menghelakan nafas panjang
Tanda letih bekerja


Aku duduk sesaja
Macam tempat itu aku seorang
saja yang ada


Si dia melayani rentak
Membuihkan hati
Aku terulit seketika
Dengan mainan tidur


Sesekali dengar bisikan halus
Molekul melodi dari
Tempat dengar Si dia
Aku lelap lagi


Kali ini tergerak bahu ku
Rupanya Si dia sudah bersih diri
Menyuruh aku lakukan serupa dengannya


Aku capai hamparan kaitan benang tebal
Berwarna merah hati
Lalu melangkah ke kamar siram


Siap saja bebersih diri
Si dia menyapa
Menyuruh aku menjamah masakannya


Komputer riba di buka
Aku bosan dengan suasana itu
Sunyi seperti tiga per empat malam hari


Si dia sibuk memhiburkan telinga
Aku sepi dengan rendang ayam Si dia


Aku mula bersuara
Untuk melihat reaksinya
Namun layu suara ayunya
Membuat aku hilang rasa


Lalu aku kembali ke komputer riba
Untuk selongkar dokumen kerja
Kali ini amat gila aku rasa
Bagai mahu di sopet kepala ini


Teramat dengu suasana
Cherita Si Pengkarya Agung
Aku layar untuk menghibur rasa
Suhu semakin dingin
Badan terasa lemah
Mata kuyup menerpa


Aku bangun mencapai
Baju pemanas badan untuk dipakai
Kepala semakin pinar
Komputer riba dibiar terbuka


Si dia melayan angan
Aku tidak di endahkan
Sampai hatinya
Walaupun aku faham
Hati siapa tidak terusik
dek angin yang dihembus


Menuju kaki kaku
ke kamar lena
rebahlah diri
Terus di hanyut noda mimpi


Esok


Rutin hari jadual ku
Si dia tetap sunyi
Tidak seperti biasa


Aku menunggang dan
Si dia membonceng
Aku pacu laju dari biasa
Si dia tetap membisu


Di bangunan negeri
Salaman di akhiri ciuman tangan Si dia


Tetap lagi sukar mencecahkan gigi ke lelangit
Aku melangkah kecewa


Tertanya hati karat ini
Apa yang terjadi
Salah akukah
Atau Si dia menyimpan masaelah


Aku biarkan sahaja
Kerja semakin banyak
Menenggelamkan aku seketika
Tentang Si dia


Waktu pulang
Aku terpacak di hadapan
bangunan kerajaan
titis hampas awan
tidak henti-henti
mencuit aku


Aku biarkan saja
Si dia memacu dengan
reaksi yang sama seperti semalam


Aku bersuara
Sedikit terukir senyuman
di pipi gebunya


Tetapi tidak kekal
Muka mangga cukanya kembali
Terisi di wajah Si dia


Aku menanti lagi suaranya
Tidak ku dengar
Sehingga sekarang(hari ini)*


Lalu ku biarkan ia berlalu
Si dia ini umpama negara
yang mempunyai empat musim
Berubah angin
Namun aku tetap faham Si dia


Kerana Si dia
banyak menghasilkan pelbagai
jalan cerita hidup aku dan si bongkah
Hanya Si dia yang tahu


Biarlah sampai detik ceraian
roh dan jasad ku
Aku tetap menunggu suara dan senyuman
SI DIA

16 November 2009

~ L a t i h a n I n d u s t r i ~




salam pencheritha









Tatkala subuh mengintai hari
Fikiran semakin rumit
Kotak tisu menjalar halus


Sahabat dengkur
Menghanyutkan deruman motokar
Siraman titik molekul air
Menambah semangat hero


Kaki menyarung HawkEye bersize 6
Ayu mengenakan baju kebangsaan
Dengan galasi tas tangan






Harapan mula memancar
Menyalut keazaman
Menanti setia di bangunan Kerajaan Negeri
Sekilas bayangan teman lama
Membawa ke singgah korporat


Di sini mencetus segalanya
Di sini memberi erti
apa itu kerja


Di sini adalah
gua gelap yang penuh harta
Orang lain tidak temui
Hanya Aku sahaja yang merasai


Inilah tempat Latihan Industri ku


WISMA NEGERI N9
SUKNS

10 September 2009

B.E.L.i.A


salam pencheritha




Kadang-kadang aku merasa sangat takut untuk berhadapan dengan hidup. Mungkin aku terlebih berbuat sesuatu yang ganas dan spontan. Terletak hati aku di jalan sifat yang sensitif membuat semua melihat aku sebagai belia jalanan yang kosong hidupnya. Namun mereka hanya melihat aku dari luaran. Tidak mendalami diri aku, memang aku begini dari azali. Membelah rutin hidup manusia yang menganggap dirinya sempurna hari car-bootsale sekolah aku.

Secerah mentari kuning senja, sekuning telur ayam kampung. Aku menular keluar dari
kelompok tembok yang bagi aku, setinggi bukit Bendera dan setebal murtabak Pak Maun jiran Apis. Aku bebas menjadi diri aku, mencari sebanyak kumis pengalaman dan sepanjang perjalanan memberi aku kesan hidup yang terlekat umpama gula-gula geta
h cap chewinggum. Pada masa ini aku terus dibuai angan tinggi setinggi timang tingi-tinggi. Meruahkan segalanya yang aku telah pendam sekian lama sejak lahir.


Sampai sudah waktu, aku berubah menjadi belia yang bebas. Bebas dari bahan merbahaya yang mengancam telinga aku. Walaupun pernah merasai liku-siku hidup rembulan awan esok, aku akan ambil ia sebagai pedoman hidup suatu kehidupan yang berlalu. Terus kejar cita yang menanti dan kabus ujian akan ku redah tak kira kabus pagi atau senja ( kecuali maghrib).

Memang benar kata mak, hidup kena percaya pada diri sendiri. Berani dan kuat menahan tomahan dan usikan. Tidak menggembengkan diri seperti anak ayam lemas di dalam kari kenduri. Usaha tetap aku teruskan, dan wacana BELIA tetap terus bersemadi di jiwa aku selepas pangkat remaja ku rundum. Hidup remaja Belia hingga akhirnya. Merdeka (x7 kali)...!!!!

11 Ogos 2009

H.A.M.P.A.G.I.L.A




salam pencheritha




SERAMULUSI





Satu hari aku berkerja di tempat mengelap komputer di mana makcik cleaner telah mati dengan tragik pada tahun depan. Aku berjalan sendirian membuat oty, pada waktu malam yang gelap seperti daki adik ku. Satu sosok mata yang melihat aku yang sedang berjalan atas laptop Compaq bos praktikel aku. Lalu aku terus berlalu dengan terpijak pulak i-phone jurukamera cerita Bong. Mata tersebut terus mengekori aku seperti ekor ungka berbuntut merah. Mencari muslihat aku untuk bahan ramuan kek coklatnya. Namun aku menanamkan kuat perasaan berani, berani bak mencari pizza yang hilang tersepit di tengah kotaraya yang sibuk. Aku kembali ke tempat ku untuk mengemas segala harta pusaka pejabat untuk pulang ke rumah setingan ku. Mata yang tadi asyik melihat ku, telah hilang ke ceruk bawah CPU. Mungkin dia merasa takut akan lampu yang terpasang oleh aku sendiri. Dengan lambat slownya, aku menuju gerbang pintu keluar office dengan hanya berkaki kurap. Lalu terus ke kereta untuk pulang. Angin menderu memecah tingkap rumah jiran pejabat ku, namun percayalah aku sedikit pun tidak peduli. Aku masuk ke dalam kereta dan menyetat enjin yang bunyinya seperti kucing tersedak tertelan mouse PC Compaq aku ni. Aku memandu di jalan yang sunyi dan memang gelap macam kulit sathish(lg gelap la tu).

Dalam perjalanan aku menuju ke wilayah setinggan yang kaya raya dengan tanaman hijau (tp malam die jd hitam la), terdapat satu rumah agam yang indah dan se
lama ini aku tidak pernah sedar bahawa rumah tersebut wujud kerana terletak di belakang kedai makcik Tonah jongket. Aku berhenti di situ untuk meninjau kawasan yang pelik kerana tanahnya luas, seluas laut mati( sebab ade sempadan kt belakang sane). Tiba-tiba aku terdengar sayupan suara yang mendayu seperti nyanyian perempuan, macam pernah aku dengar dalam movie Ponti Anak Pakai Sendal yang akan keluar
hujung tahun lepas. Dengan hati yang berani2 nak mati, aku selinap masok ke ruang depan pagar automatiknya dengan melompat setinggi 4 meter( penah masok lompat kijang dlu.. bese je). Sebaik sahaja aku jejakkan kaki ayam ku, aku seperti tidak dapat bergerak seperti dipaku seluar ku. Kaki ku umpama terpijak jelly berperisa sarsi. Bila aku melihat ke bawah, sungguh tak disangka rupanya najis makhluk bumi empunye rupa2nya.



Lalu terus menuju ke pili bomba berdekatan untuk terus mengambil air wudu'( alang2 basoh kaki.. bek amek air semayang). Setelah itu, aku masok ke dalam rumah tersebut untuk meninjau jika kalau ada orang ke binatang ke hape ke. So, mungkin aku rase ade tv dalam tu. Then ku buka pintunya menggunakan kunci pendua yang aku buat kat Kangar aritu. Akhirnya dapat jua bukak dan aku terlihat bayang mata yang seakan tebal keningnya umpama ulat bulu yang hitam sedang lena tidur. Sememangnya aku sedar bahawa kening itu hanya di miliki oleh seorang sahaja di bumi hijau ini(kadang2 biru). Aku imbas kembali nostalgia perimawan Haji Gojos Wagio, yang serupa mempunyai kening seperti itu, beliau sangat fasih dlam berbicara bahasa Asam Jawa yang masam masin itu yang sekali-sekali berfalavour oren
kicap. Di benak ku berkata, tidak mungkin dia. Kerana dia telah menjadi penghuni persatuan kubur panjang di Kedah( maksd aku da mati). Mata tersebut terus merenung, semakin dekat dan hampir kepada ku( same la dekat ngan hampir.. sje pnjangkan citer...). Aku terus berundur, tegak seperti patung lilin
candle light dinner. Sejuk perut ku dan mual kerana bau baeng yang tak terhingga.
Sejurus kemmudian, aku pening lalat sedikit dan terbaring di sofa yang ada di situ. Aku tak
pengsan tetapi tertido.Pada keesokannya, aku terjaga. Aku masih di sofa tetapi suasana terang(sebab da siang), aku bangun dan terus mencari dimana perlu aku pergi. Terkeling sekejap kerana melihat ulat bulu di wajah seorang tua, lalu aku menyalam dengan tangan dan siku ku. Lalu manusia itu bersuara " pehal ko nie nok.. nyah penat tunggu ko malam td... nape lmbat balik...". Aku mendengar suara tu dan terus lari keluar gate untuk ke rumah sebelah. Aku tergamam melihat manusia separuh halkom itu, namun sempat melarikan diri. Rumah di sebelah adalah rumah biru berlaman hijau seperti syurga dunia.

Inilah dunia.. rumahku syurga ku... Semuanya terjadi dalam satu malam. Aku terlupa bahawa rumah agam itu rumah jiran ku. Aku sungguh tak percaya. Jadi, yang ku salam itu jiran ku yang separuh halkom dan separuh nyawa. Dan disebelahnya adalah rumah aku yang terlindung dek gentolak kaut yang tidor akibat mabuk laut. Sememangnya cherita adalah dibalik cerita.....