19 Julai 2013

~ Graduation Day ~

Original photo by Bobot

08 Jun 2013

Janji Itu Hutang

Kata memberi harapan itu adalah janji
Janji.. tapi tak ditepati
Mana janji untuk saling menghormati?
Mana janji untuk mengambil berat?
Mana kata itu?
Mana kata berubah mana yang salah saja?
Mana kata yang lain sama seperti dulu?
Mana sms dan call yang dulu sentiasa peka walau sibuk melanda?
Janji itu hutang
Hutang dituntut kemudian hari
Itu janji kamu
Memahami sibuk berurusan kerjaya
Tidak adakah terselit untuk janji itu?
Hanya sedetik dua bertanya khabar berita
Itu janji kamu?
Dan dari itu..
Aku takut lagi menerima kata berukir janji
Terasa untuk difahami
Aku memahami tapi tidak kali ini

Pott peettt poott peeett
tuuuttt tuut tuuuuuttttt
banyak madahnya
lelah datang menyapa
air mata kering katanya
hati pudar tiada warna
mata sembap macam asam jawa
mulut lagi keluarkan kata
penat meluah kata jiwa
punjangga juga ada
nasihat berguna mungkin juga
salah tafsir yang tak kena
jadi umpatan mulut merata
tak kisah siapa yang ada
semua yang singgah turut terkena
maaf dipinta selesai bicara
sedap mulut adat katanya
ketawa melolong tak ingat keluarga
sedang berjalan serba tak kena
semua jadi gundah gulana
sampai rumah tutupkan cerita
difikir semula segala katanya
meluah bagai ombak Tanjung Bidara
ppooott peettt potttt
gelisah hilang juga akhirnya
kerana di tutup muka bukunya
tak menghadap sesiapa
tenang dijiwa
~ tamatCheritha ~

Harumnya Teman Itu Sahabat

Melur, Mawar, Kenanga, Orkid
Kaum yang serupa
Berbeza jenisnya
Lain tarikannya
Warna yang tersendiri serlahannya

Di pijak hancur
Di buang hilang
Di jirus kembang mekar
Di belai ia indah
Dicium ia harum beribu merbak
Di jaga pasti cantik
Di petik ia akan layu jua
Namun ia tidak pernah pupus

Kawanan molek sejambak bunga
Melingkar atas sudahlah banyak
Tibalah bersatu untuk bertahan
Demi kawanan dijajah kumbang
Satu demi satu ia pergi
Di tinggal sekuntum namun kuat baunya
Bercampur keringat kuntuman yang lainnya
Walau hanya sekuntum tapi harumannya seperti sejambak bunga

Samalah ia ingatan kita
Beralih masa tidak bergerak juga
Tapi memori sentiasa ada
Walaupun jauh di mata

07 Jun 2013

Jiwa Terdiam Dengan Kata Itu

Masa berganti masa
Bulan bintang berlegar lagi
Cukup sudah rasa bahagia
Datang pula sesaat hiba
Hiba bukan kerana kecewa
Tapi hiba kehilangannya

Ambil berat memang ia
Tapi tidak seperti dulu
Kadang cakap tidak beria
Tapi terkedu di panggil itu

Jauh hati jauh jiwa
Tidak bertandang lama lagi
Buang sahabat buang saudara
Kekasih hati di ikut lari

Pengikat kasih hanya adatnya
Belum di ikat bersimpul mati
Tingkah dan kata hati terasa
Berubah bagai kekal abadi

Cara seloka dah ketinggalan
Namun ini adalah warisan
Penyambung bakat penyerlah zaman
Jangan di buang sahabat juga teman

#selokaZamanBujangLagi