salam pencheritha
Penawar cari pita lekat
tampal kesan robekan
hati kertas ini
Kawan cakap
kenape dengan hati kertas
Aku tunjuk pisau cinta
Tanda angkara dia
Hati kertas sudah rapat
Nampak sedikit comot
Kerana dek tangan penawarnya kotor
Nampak lebih rapat
Dari sebelumnya
Penawar buat dia
Kembali ke bentuk asal
Penawar buang jauh pisau cinta
Kerana dia
Hati kertas tercedera
Hati kertas sudah pulih
Namun kesan garis dari pisau cinta
Akan tetap nampak
Walau di tutup dengan pita lekat
Penawar tahu Hati Kertas tetap
akan ingat akan Pisau Cinta
Penawar menyimpan Hati Kertas
di Peti Besi jantungnya
agar Hati Kertas tidak dilukai lagi
Hati Kertas selamat
Bersama penjaga Peti Besi Penawar
Pisau Cinta menjadi tumpul
Serta semakin karat
Kerana lumrah sifatnya
Besi yang cepat berkarat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan