24 April 2010

kata pagi.

salam pencari kata

sunyi pagi kerana lena
madah indah kabus kata
tiupan sayu gema laungannya
mengajak kita sujud pada Pencipta

manik dingin menyimbah muka
menyentuh rasa penyegar jiwa
menyuci diri dari dosa

takbir di laung dengan ikhlasnya
menunduk ruku' menghayatiNya
sujud tanda takut padaNya
menyembah syukur nikmat kurniaanNya
duduk tanda tomakninahnya
menunjuk bahawa Islam tidak tergesa
tahiyat juga  petunjuk keredhaan ketentuanNya
salam diberi pengakhir fe'elnya

datang pula tenang jiwa
menadah tapak jemari
memohon dan mencurah segala
tiada tempat yang terindah
melainkan kembali berserah sebulat
pada Maha Pencipta Alam Tercinta

sembah sujud kepada Ahad Yang Esa

Tiada ulasan: