11 Ogos 2009

H.A.M.P.A.G.I.L.A




salam pencheritha




SERAMULUSI





Satu hari aku berkerja di tempat mengelap komputer di mana makcik cleaner telah mati dengan tragik pada tahun depan. Aku berjalan sendirian membuat oty, pada waktu malam yang gelap seperti daki adik ku. Satu sosok mata yang melihat aku yang sedang berjalan atas laptop Compaq bos praktikel aku. Lalu aku terus berlalu dengan terpijak pulak i-phone jurukamera cerita Bong. Mata tersebut terus mengekori aku seperti ekor ungka berbuntut merah. Mencari muslihat aku untuk bahan ramuan kek coklatnya. Namun aku menanamkan kuat perasaan berani, berani bak mencari pizza yang hilang tersepit di tengah kotaraya yang sibuk. Aku kembali ke tempat ku untuk mengemas segala harta pusaka pejabat untuk pulang ke rumah setingan ku. Mata yang tadi asyik melihat ku, telah hilang ke ceruk bawah CPU. Mungkin dia merasa takut akan lampu yang terpasang oleh aku sendiri. Dengan lambat slownya, aku menuju gerbang pintu keluar office dengan hanya berkaki kurap. Lalu terus ke kereta untuk pulang. Angin menderu memecah tingkap rumah jiran pejabat ku, namun percayalah aku sedikit pun tidak peduli. Aku masuk ke dalam kereta dan menyetat enjin yang bunyinya seperti kucing tersedak tertelan mouse PC Compaq aku ni. Aku memandu di jalan yang sunyi dan memang gelap macam kulit sathish(lg gelap la tu).

Dalam perjalanan aku menuju ke wilayah setinggan yang kaya raya dengan tanaman hijau (tp malam die jd hitam la), terdapat satu rumah agam yang indah dan se
lama ini aku tidak pernah sedar bahawa rumah tersebut wujud kerana terletak di belakang kedai makcik Tonah jongket. Aku berhenti di situ untuk meninjau kawasan yang pelik kerana tanahnya luas, seluas laut mati( sebab ade sempadan kt belakang sane). Tiba-tiba aku terdengar sayupan suara yang mendayu seperti nyanyian perempuan, macam pernah aku dengar dalam movie Ponti Anak Pakai Sendal yang akan keluar
hujung tahun lepas. Dengan hati yang berani2 nak mati, aku selinap masok ke ruang depan pagar automatiknya dengan melompat setinggi 4 meter( penah masok lompat kijang dlu.. bese je). Sebaik sahaja aku jejakkan kaki ayam ku, aku seperti tidak dapat bergerak seperti dipaku seluar ku. Kaki ku umpama terpijak jelly berperisa sarsi. Bila aku melihat ke bawah, sungguh tak disangka rupanya najis makhluk bumi empunye rupa2nya.



Lalu terus menuju ke pili bomba berdekatan untuk terus mengambil air wudu'( alang2 basoh kaki.. bek amek air semayang). Setelah itu, aku masok ke dalam rumah tersebut untuk meninjau jika kalau ada orang ke binatang ke hape ke. So, mungkin aku rase ade tv dalam tu. Then ku buka pintunya menggunakan kunci pendua yang aku buat kat Kangar aritu. Akhirnya dapat jua bukak dan aku terlihat bayang mata yang seakan tebal keningnya umpama ulat bulu yang hitam sedang lena tidur. Sememangnya aku sedar bahawa kening itu hanya di miliki oleh seorang sahaja di bumi hijau ini(kadang2 biru). Aku imbas kembali nostalgia perimawan Haji Gojos Wagio, yang serupa mempunyai kening seperti itu, beliau sangat fasih dlam berbicara bahasa Asam Jawa yang masam masin itu yang sekali-sekali berfalavour oren
kicap. Di benak ku berkata, tidak mungkin dia. Kerana dia telah menjadi penghuni persatuan kubur panjang di Kedah( maksd aku da mati). Mata tersebut terus merenung, semakin dekat dan hampir kepada ku( same la dekat ngan hampir.. sje pnjangkan citer...). Aku terus berundur, tegak seperti patung lilin
candle light dinner. Sejuk perut ku dan mual kerana bau baeng yang tak terhingga.
Sejurus kemmudian, aku pening lalat sedikit dan terbaring di sofa yang ada di situ. Aku tak
pengsan tetapi tertido.Pada keesokannya, aku terjaga. Aku masih di sofa tetapi suasana terang(sebab da siang), aku bangun dan terus mencari dimana perlu aku pergi. Terkeling sekejap kerana melihat ulat bulu di wajah seorang tua, lalu aku menyalam dengan tangan dan siku ku. Lalu manusia itu bersuara " pehal ko nie nok.. nyah penat tunggu ko malam td... nape lmbat balik...". Aku mendengar suara tu dan terus lari keluar gate untuk ke rumah sebelah. Aku tergamam melihat manusia separuh halkom itu, namun sempat melarikan diri. Rumah di sebelah adalah rumah biru berlaman hijau seperti syurga dunia.

Inilah dunia.. rumahku syurga ku... Semuanya terjadi dalam satu malam. Aku terlupa bahawa rumah agam itu rumah jiran ku. Aku sungguh tak percaya. Jadi, yang ku salam itu jiran ku yang separuh halkom dan separuh nyawa. Dan disebelahnya adalah rumah aku yang terlindung dek gentolak kaut yang tidor akibat mabuk laut. Sememangnya cherita adalah dibalik cerita.....

Tiada ulasan: