08 Disember 2009

Ke Sekolah Kerja

salam pencheritha

Pagi lagi sudah lewat
kaki beku dek suhu
menegak kan bulu kaki ku

dengan perlahan memisu
memetik besi pintu kamar
mecapai kain tebal berbulu

sebelum itu
aku pusing tombol kipas
ke angka kosong

sangat dingin
menolak plastik yang
memisahkan bahagian bilik air dan dapur

sejuk hingga kaki ku
terlompat agak semeter tingginya
menongkah arus bersih
sucikan diri

siap pakaian kerja di hanguskan
aku bersiap memakai peharum hidu
mencapai topi keras becermin

menaiki kenderaan berenjin
beroda dua menuju
destinasi kerjaya

begitu rutin pagi ke
tempat yang ku panggil
Sekolah kerja

Tiada ulasan: