salam pengkarya.
Sukarlah nak di adu
Mengapa nak di talu?
Lembutnya berus mengatur alunan
Mencipta seni bukan sialan
Kembang jemari aku
Terjerut si warna belut
Asyik meniarap mengejar
Lelehan mutiara kecantikan
Di sapu pula minyak tanah
Untuk pengekalan
Sekeping kain kapan lukisan
Menjadi kemelut kesenian
Fahami seninya
Kerana hati si Bunchor
Sudah tertawan dengan si berus pelakaran..
Dasyat penangan si berus warna ini
Hingga si kaya jadi layu mencium sembah ke meja seni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan