tidak aku duga
apa yang jadi adalah suratan Ilahi
janji aku sudah tidak ku tepati
mungkin aku tidak dapat bertemu mu lagi
nyawa aku seperti di leher ini
ingin keluar berjumpa Yang Esa
jangan kau bersedih hati
aku memang ingin sekali
ke sana menemui mu
apalah daya aku ini
harap kau fahami
aku tahu sedhi hati mu
aku mahu kau kuat kan hati
aku mahu kau sabar
aku hanyalah merancang
yang lebih Berkuasa telah menakdirkannya
aku pasti dan ikhtiar lagi
untuk kau tidak kesepian
aku ingin menjadi teman mu
di kala susah dan senang
maaf sejuta kali maaf
aku tidak berdaya untuk melawan takdir
fahami aku, kerana aku selalu memahami mu
tidak lagi aku petah berkata
kerana aku tidak sepantas dahulu
doa mu adalah semangat ku
semoga aku sembuh untuk ketemu dengan mu
kaulah semangat aku
kau terima aku seadanya
kau beri aku harapan semua
tapi kini aku mengecewakan mu
MAAF tidak terhingga dari ku
maaf...maaf...maaf...maaf...
harapan aku
semoga kamu kuat,tabah,sabar dan sentiasa mengingati Dia Yang Satu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan