17 Januari 2011

si pekerja penat

aku lalui masa lampau yang hebat
sungguh penat buat itu ini sendiri
tapi sentiasa diteman iman untuk kekuatan
menoleh kebelakang untuk beberapa kali
aku suka begini
menghilang duka dalam keringat

bila malam tiba
aku takut sesuatu yang sangat hiba
ta rela di jenguk hati lagi
biarlah begini
penat untuk mencari sebutir rezeki
syukur ke hadrat Ilahi

segala yang ku cari tidak ditemui
namun semangat untuk terus mencari belum pudar lagi

ikutlah jika mahu
tinggallah jika perlu
aku tak memaksa
kedukaan hilang seketika
dikala peluh kerjaya melingkar wajah

inilah dewasa.

Tiada ulasan: