03 Oktober 2010

si tenat menanti si sihat

si tenat sihat untuk pulihkan semangat si sihat yang sakit... si sihat tak sedar si tenat tak banyak masa lagi untuk bertahan namun si tenat tetap mengutamakan si sihat... nampak tak si sihat, kamu ada 'sahabat' yang sangat prihatin kepada kamu.. kamu perasan tak?

si tenat akan pergi.. kenapa si sihat masih tidak sedar akan kehilangannya.. sayang sekali. si sihat akan merasa kehilangan bila si tenat betul-betul tiada di hadapannnya..

si tenat redha, dia faham akan si sihat yang sentiasa mengejar yang bukan didepan mata.. bila hilang dicari bagai mengharap bertaruh nyawa dan bila di depan mata dia lebih menguja yang lain kerana dia tersangat pasti akan kekalan yang di depan mata itu... sebenarnya di depan mata itulah akan hilang selamanya.. kerana hadirnya adalah untuk membahagiakan si sihat sekadar kemampuannya yang sementara... 


si tenat ini mengharapkan si sihat dapat melalui hari-hari seterusnya dengan gigih selepas pemergian dia.
si sihat pasti boleh berdikari.. Insya Allah...

Tiada ulasan: