![]() |
takut atau ego |
saat jatuh bangun, kau ada bersama.
bila kau merasakan itu, aku juga turut merasa.
mungkin ada sesuatu di antara kita.
tidak jauh dan tidak dekat.
mungkin di antara mainan fikiran.
aku kuat kerana engkau turut menyokong ku.
walaupun dekat kau tetap aku rindu.
banyak yang ingin diluah pada kau, sahabatku...
namun aku rasa ini bukan masanya,
suatu ketika ketika kau perlukan aku
aku ada untukmu,
masa itu akan dirasai,
biar kita rasa nilainya bersama.
kerana aku menyimpan khazanah itu sekian lama,
persahabatan yang aku julang mencecah langit hitam..
bagi aku ia adalah segalanya yang sangat berharga,
tapi...
aku tidak sempat bertanya,
apa pula maknanya pada diri kau tentang khazanah itu..
mungkin sekadar angin lalu atau sekadar pintasan kilat yang menyambar
yang memberi kesan selamanya namun hanya teringat sekali-sekala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan