Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan

23 Februari 2012

Semula Hati Di buka

dia si cinta


Jiwa ini hanya dia,
Dia memungut kesedihan itu,
Lalu di tuai menjadi cinta,
Mencurah bajaan kasih,
Setiap detik ia memerlukan,
Memanaskan di kala tegingnya sejuk malam,
Sayangnya meninggi ke awan,
Kasihnya melebar ke permukaan angkasa..

Hati ini terbuka lagi,
Hanya untuk mengisi hati mu di sisi...

#tapeNantisambungLagi

02 Ogos 2010

B I N T A N G sahabat.

Selamat pulang
Raise your hands up girl
Capai ke padang langit
Tarik satu cahaya silau
Tidak kelip walaupun sejuta tahun

Sentiasa perhati
Selalu memberi
Kerap menangis
Suka melihat kebahagian
Menjadi bahu untuk titis hujanan kerunsingan
Rela menyuluh dikala malam gelap
Tidak berganjak sedikit inci


Capailah ia dan simpan di peti kehidupan
Jangan ditanya jangan diragu
Sudah nyata itulah nikmat
Yang ku panggil

b.i.n.t.a.n.g  s.a.h.a.b.a.t

02 Jun 2010

terima kasih.

salam.
terima kasih untuk semua

kerana anda semua adalah
penjalan cerita hidup aku
kerana anda menjadi
matahari di kala siang ku
menjadi bulan dan bintang
untuk terangi gelap malam ku
menjadi angin yang sentiasa
berada di sekeliling ku

inilah terima kasih ku
tiada apa dapat ku beri
terima kasih adalah segalanya
berbanyak terima kasih