18 Disember 2012

Mereka Ini Kesayanganku

Rindu Itu Pasti

Cerita lagi..
Suka gembira mereka memulakannya,
Menangis duka mereka juga melaluinya,
Susah derita dikongsi bersama,

Ceria ketawa terbahak-bahak pon mereka juga ada,
Cerita ini benar belaka,
Tiada mereka.. hidup ini hampa,
Pemula hari kenalan baru,
Yang salah ditegur, yang sakit dijaga,
Indahnya perhubungan ini dilalui tidak kira apa jua yang akan melanda,

Sudah setahun perkenalan bersama mereka,
Sehingga kini masih dirasa damainya,
Terkebil-kebil malu berbicara pada mulanya.
Tapi kita tak nak kalah berdebat berbicara..

Mereka ini membawa bahagia,
Mereka juga merasa mengajar erti saudara,
Sayang jangan disalah erti pula,
Sayang semua kerana sayang Dia Yang Maha Esa..

Ikatan tali ukhwah disimpul bersama menjadi jati hingga ke syurga.
Amin Ya Rabb..

#pembongakYangJujur