Hai hamparan digital, aku nak berkongsi jiwa dengan kau boleh?
Hari ini aku mahu luah semua separuh dulu.
Mungkin jika esok aku masih ada, akan ku curah lagi bait-bait kataku.
Haa.. Sungguh indah hidup dipenuhi cabaran dan mempunyai kasih sayang.
Baik keluarga atau pun sahabat.
Lagi indah bak awan pink di angkasa jika kasih sayang itu datangnya dari kekasih hati.
Tak ramai bahagia dengan cinta pertamanya.
Ramai kecundang dan membuat hidup lebih bererti.
Adakalanya sampai orang sanggup telan butir-butir khayal untuk menghilang memori sedih itu.
Sungguhpun aku si buruk yang suka men'laser'kan penerbangan makian daripada lapangan terbang mulut busuk, namun aku punya hati bukan.
Setiap kelakuan manusia, setiap kata-kata, setiap janji dan harapan..
Aku berpegang pada janji. Sayang aku adalah sayang sampai mati.
Baik ia asalnya kekasih dan kembali menjadi kawan dan kawan menjadi musuh.
Sayang itu sudah sememang-memangnya penghuni asli nurani setiap insan di alam fana ini.
Hormat dan menyanjung yang lebih tua juga berilmu.
Prinsip itu aku jadikan tiang untuk menampakkan wajah buruk seakan cantik pelangi pagi.
Jika pagi saja ada pelangi, betulkah?
Aaargghh... itu tidak penting..
Yang mustahak sekarang ini adalah, manusia yang pandai membodek dan memberi harapan palsu..
Tidak sama seperti manusia yang memberi harapan jauh tetapi boleh digapai bersama dan membimbing
membangkit diri melawan kesedaran kebenaran hidup.. Tetapi persamaannya adalah meraka akan meninggalkan kita di dalam kesakitan.
Meninggalkan diri sedang memerlukan diri mereka. Kata-kata mereka tidak lagi di ambil berat.
Perasaan mula berubah. Sangat ketara. Aku benci si plastik cantik.
Menggaru kurap di dalam tepung.
Ilmu penurap wajah buruk ini.
Budi bahasa menghiasi jiwa patriotik kini.
Lalulah si bangsa-bangsa yang menjaga hati ibu pertiwi.
Sedangkan seorang manusia dilema untuk menyayangi dua insan berdiri melempar periuk api kasih sayang.
Membelai kedua insan buah jantungnya. Dengan harapan dia boleh bahagia dengan memilih kedua-duanya.
Perisai iman menyelamatkan peluru-peluru cinta buta.
Aku si buruk ini sedia untuk berjuang mempertahankan apa yang diperjuangkan untuk semua.
Kau yang memberi harapan palsu, bersiap sedia untuk merasai keperitan yang aku alami dulu.
Kebahagiaan kau, kebahagiaan aku juga.
Sebelum bertemu kebahagiaan, kau harus menempuh kawat kesengsaraan.
Sesudah itu, semua pentadbir kota keluar untuk autograf si buruk penegak keamanan cinta.
Si dilema memilih kedua-duanya. Hanya berserah pada Yang Maha Esa yang lebih mengetahui yang terbaik untuk semua umat manusia...
-kataSiBuruk-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan