28 Mac 2013

Tiada Lagi Kata-Kata Indah Untukmu

Di kejauhan dirimu
Aku selalu berpesan
Dunia aku adalah dunia mu
Diri kamu adalah semangat aku
Berdekad pun masa kita terpisah
Hanya diri kamu aku rindui
Segala hamparan digital ku lakar
Hanya untukmu
Tapi kini semua itu..
Seperti tidak wujud bagi mu
Semua kata-kata hanya untuk kamu
Ayat romantis ku semakin pupus
Dek dakwat kasihmu yang kian pudar
Aku lemah untuk melontar kata-kata
Makanya itu semua akan hilang
Tanpa seri kasihmu
Siapalah aku
Dengan segala dukacita
Aku menutup semua kata cinta untukmu
Aku redha dengan semua kisah kita
Namun ingin ku tahu isi hatimu
Sejujur-jujur seputih-putih hati kamu jawab untukku
Adakah kamu berasa seperti dulu denganku?
Atau ia sudah kian pudar
Atau memang sejak kita bertemu
Kamu tidak ada perasaan dengan aku?
Aku mahu kau jawab semua di hadapan mataku
Dengan bibir mu sendiri
Tolonglah kali ini
Terus terang dengan ku
Agar hati aku merestui kisah kamu dan dia
Untuk kali ini aku pinta untuk leraikan semua
Aku rayu merayu sesayu hati aku
Tolonglah untuk sekian akhir ini sayang..

Tiada ulasan: