11 Mac 2013

Salam Dari Bloger

Salam senja untuk semua..

Saya penulis blog amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan
keluarga juga sahabat tercinta kerana bersurat-surat hamparan digital saya tulis hanya untuk tatapan
anda semua. Tidak ada kena-mengena dengan mereka-mereka yang tidak ada kaitan dengan hidup saya.
Hanya yang rapat dan terdekat, saya coret khas untuk mereka yang bersama meniti perjalanan hidup yang
penuh ona dan ceria. Terlalu singkat hidup ini untuk kita hitung semua, maka semua yang terjadi kita suratkan sebagai sejarah beralas karpet kata-kata. Anda semua penghibur nestapa dikala duka, yang indah jadi memori dan yang sayu jadikan nostalgia tidak berdarah kembali. Muncung setirus tombak tidak akan melukakan sesiapa jika tidak ada yang bermain dengannya, begitu juga dengan kata-kata. Berbolak balik ayat saya untuk menghurai semua kata, mungkin hamparan digital sahaja dapat merungkai kusutnya jiwa.
Terima kasih sekali lagi bagi yang memahami. Bagi yang tidak memahami, ambillah jadi kosa kata panca indera menatap menyedapkan mata sahaja. Sekian untuk semua. Majulah peribahasa ibunda dijadikan titik kata setiap bicara. Selamat Membaca..!!

#Aishiteru

Tiada ulasan: