27 Mac 2013

Cerita Cerita Kehidupan

Salam semua,

Di dalam kehidupan ini kita mencari sesuatu. Sesuatu yang ingin membuat kita gembira dan ceria.
Macam si burung yang terbang bebas yang ingin mencari kehidupan dan sering berhijrah untuk mencari pengalaman sendiri. Semua yang jadi ada hikmahnya. Beralas batu si kera duduk tapi ke pokok juga dia menari. Maksudnya, apa pun dalam kehidupan ini kita pasti akan balik ke tempat sepatutnya. Semua hari yang kita lalui tak kira susah ke senang pasti memberi kita sesuatu. Itu yang berharga untuk kita, menilai erti setiap apa yang ditempuh. Berseorangan atau bersama seseorang, yang tersayang atau yang baru dikenali akan menjadikan hidup lebih menarik dan bernilai sesuatu. Hargai saat-saat yang kita ada kerana semua ini pinjaman semata. Duri dipijak kaki berdarah meninggalkan parut seumur hidup. Ingatan itu juga sementara, di tarik semula kita tak akan jadi apa-apa. Kosong.. Kosong untuk dinilai. Kasih dan sayang untuk keluarga, teman, sahabat handai dirasai untuk kita belajar apa itu nilai hati. Soal hati menolak dan menarik jiwa supaya kehidupan tercoret sedikit ceria. Peritnya hidup di lalui, saat ditempuh juga untuk mencari kekuatan diri.
Panaskan anggota yang tidak bergerak sekian lama. Sudahlah rentung di pijak menjadi abu. Telah berkali-kali diulangi kesedihan lalu. Mengumpul segala rasa dan tomahan yang tidak diminta. Kesabaran menempuh janji yang duka, pengkhianatan berulang-ulang di rasa. Sakit sangatlah di hati hingga hidup menjadi nomad ke sana dan ke sini. Kita ini sering terlupa, mendapat bahagia sesudah itu terluka dan kembali merasa bahagia lagi dan melupakan ketika duka siapa disisi. Setelah bahagia kembali, diri menjadi lebih berani untuk bongkak melepasi kelemahan diri dan mempamerkan segala bahagia dan tidak terfikir yang kita pasti berduka lagi kemudian hari. Itu sudah lumrah dunia.

Sesiapa yang ditinggalkan pasti merasa sakitnya dan yang meninggalkan pasti akan merasa yang sama kerana hukum karma yang sememangnya wujud walau tanpa percaya ia ada. Ibu dan bapa sering berpesan untuk menjadi seorang yang berguna. Melempar tanduk mencapai jantung pisang memang mudah. Tetapi melupakan yang kita lalui dalam hidup ini tidak semudah melempar tanduk itu. Ia akan terus menjadi pagar dalam otak fikiran kenit kita ini. Yang tidak melalui hanya menjadi singgahan hati, tidak tahu erti kesakitan yang dilalui. Melepas rindu terbang sendiri.

Kita haruslah bersyukur kepada Yang Maha Memberi kerana Dia memberi kita lebih dari apa yang kita minta. Segala-galanya hanyalah padaNya kita berserah. Yang sakit menjadi penawar, yang pahit menjadi manis dan yang racun menjadi madu.. Doa segala senjata kita untuk meminta ketika setiap saat suka dan duka. Di khianati dan ditinggalkan itu pasti, kita hanya percaya pada diri sendiri dan ketentuanNya. Itu yang terbaik untuk kita dan mereka yang kita sayangi. Kerinduan pada mereka yang telah pergi, kita perbanyakkan doa dan sedekahkan Al-Fatehah untuk mereka agar ditempatkan ditempat orang-orang yang Allah redhai.

#bukanBongakkan

Tiada ulasan: