12 Mei 2013

Jauhnya Awak

Kalau dah jauh
Buat cara jauh
Dulu dekat tak mahu rasa
Kini sudah jauh
Rasalah seperti merana
Rindu itu memang ada
Tapi tidak seperti dekat dulu
Awak dah memang jauh
Jauh itu bukan pada jarak jasad
Tapi jauh pada kata dan hati
Mengkais kembali semula perasaan
Baru saya rasa yang dulu awak hargai saya
Walaupun awak tahu semua keaiban saya
Penerimaan untuk semua itu memang sukar
Bagi sesorang bergelar teman
Namun ia menjadi mudah apabila ia sebaliknya
Jauh tetap jauh
Saya memang sentiasa dekat dengan awak
Tapi awak yang jauh dulu
Jauh dari segala apa yang kita pernah rasa
Ini perjalanan awak
Saya hanya menumpang sahaja
Jauh sudah jauh
Saya pergi dahulu sebelum awak yang pergi
Saya lepaskan dulu awak sebelum awak lepaskan saya jauh
Awak kena terima saya lepaskan awak
Selamanya sebagai kekasih, sahabat dan teman
Terima kasih.Sekian.

Tiada ulasan: