07 Mei 2013

Akhirnya.. Itu Yang Aku Risaukan Selalu

Di saat kerinduan diluah beralas seni kata bercoret madah
Berhubung tika berjauhan
Panggilan di kesunyian lena
Tersentak lemah menggigil tubuh jiwa
Kata itu yang di takuti bila dituturi
Ia terjadi
Apa yang berlegar di ruangan kotak otak
Terbias menjadi realiti
Sakit dan perit menerima kebahagiaan
Menolak derita kerana terpaksa
Tidak langsung memberi tempoh untuk
Menerima semua ini
Berilah detik bersama
Panjangkan tempoh itu
Jika mahu diri menghadirinya
Beri masa untuk kumpul kekuatan pada majlis itu

Tidak mahu titisan membanjiri segenap waktu tika nanti
Kemeriahan suasana bertukar menjadi ruang legap tidak bercahaya
Terlalu awal untuk itu semua
Hati belum boleh melepaskan semua lagi
Berilah masa untuk hati
Rayuan dipinta untuk hari bahagia disambut bersama menjadi ceria

Maaf jika ia diteruskan
Kehadiran itu cuma jawapan kata
Jasad kaku masih terasa hiba
Bukan tak suka tapi kekuatan lebur di jiwa

Tiada ulasan: