21 Februari 2013

Bukan Keranamu Sayang

Segala kata jiwa memang untuk mu
Ada kata fikiran hanya pencoret kisah pembongak
Perasaan yang benar hanya kamu yang rasai
Kata-kata ku hanya  meluah mengikut emosi
Maafkan andai diri ini membuat kamu merasai kata ku

Kata-kata ini semua hanya kerana emosi
Tidak bermaksud untuk membuat kamu terasa hati
Semua kisah, semua kata, semua hamparan ini..
Hanya untuk mengubat luahan hati tika terasa kehilangan

Aku tahu dirimu ada untukku
Jadi aku tidak kehilangan kamu lagi
Aku di sini hanya untuk bersama kamu
Selagi aku terdaya dan bernyawa

Maafkanlah aku sayangku
Membuat kamu terasa bersalah
Kerna aku hanya ingin kamu tahu
Bahawa aku sakit saat ingin kehilangan cinta kamu

Fahami aku, aku tahu kau mengerti maksudku....

#maafSayang

Tiada ulasan: