Perjalanan menanti jiwa
Membawa lara pergi
Mencari sesuap rezeki
Memutus urat belikat memikul janji
Kerah tenaga memutar saraf
Otak ligat menyipu laju
Bertolak arusnya
Buat itu.. buat ini
Langsung tiada bahasnya
Pulang menerjah anak kota didikan
Menyapa bonda kurangan kudratnya
Walaupun usia melemah jasmani
Fikirannya masih mahu menggapai puncak galaksi
Memberi buah fikiran untuk ke depan
Sudah tentu di ambil masanya
Menerus perjuangan si bonda
Lalu bermulanya.. Lirik jurutera bangsawan menerjah impian
Di tepi segala kesedihan percintaan
Tidak ia mahu cinta pergi
Namun hasrat bonda lebih barakah nikmatnya
Terus meluru tanpa silu
Selamat Berjuang anakanda ku..
Sesungguhnya aku mahu kau menggapainya untuk dirimu
Bukan untuk diriku
Keringat hampir pudar tetapi semangatnya membara
Seperti Meteoroid yang pantas menerjah landasan bimasakti..
Terima kasih segalanya
Hanya kamu impian ku
Doa mu adalah bahagia ku
Pergilah cinta.. pergilah sayang.. pergilah kasih..
Apalah artinya menangisi untuk yang tidak mengasihi lagi
Pergilah memori indah.. pergilah selamanya
Selamat pulang impian syurgawi!
#izinkanAkuLagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan