30 Januari 2013

Aku Baca Dengan Hati, Kamu Baca Hanya Dengan Mata

Salam pembongak cinta,

Tidak aku mahu panjangkan cerita
Cuma aku mahu kepastian darimu
Dulu jiwaku hanya untuk menyayangi
Tapi setelah bertemu dengan dirimu
Fitrah ku yang seperti batu keluar mudahnya
Kamu membuat aku mahu disayangi

Aku tahu siapa diri ini
Namun hadirmu menyambut cinta aku
Menjadikan aku berabad rasanya bahagia
Walau sesingkap perkenalan kita

Mereka kata kamu rampas kebaikanku
Meraka kata aku berubah keranamu
Walau mereka lebih aku kenali dulu
Namun denganmu seperti berdekad denganku

Aku serah segala kerna..
 kamu yang pertama dalam jiwaku menyambut cinta ini
 kamu guru mengajar aku menyayangi
 membuat aku tahu erti mengasihi

Cukup untuk kamu sayangi aku seperti dulu
Sepanjang hidupmu
Aku pasti sentiasa hadir di hatimu
Menjadi penjaga jiwamu sayang..
Aku masih ada di sini untukmu
Jangan kamu risau aku
Aku tetap untuk dirimu

Tiada ulasan: