25 November 2012

Air Embun Mata Kaca

Oii air mata,
aku susah untuk melihat kelibat kau,
kau memang pailang bila nak tunjuk diri,
sudahlah bongkak, kedekut lagi tu..

Sikit pun tak ada rasa untuk keluar,
keluar memberanikan diri,
memapar perasaan yang sepatutnya kau tunjukkan..

Weeii titisan bongkak,
Mengapa dulu mudah kau mengikut alir mata,
tika sesendu tawa bersama teman pertama,
lincah saja kau turun saat terguris sedikit pilu,
terkeluar bila tatkala makan, minum, mandi,
dan kadangkala di saat sendirian termenung..

Kau terjah semasa hati ini berguris-guris,
Masa merempit melibas kisah dulu,
Mem'willy'kan diri membangga dengan kewujudan kau.
Waktu kepupusan itu belum tiba,
Tanda-tanda penampakan kau jarang sekali dilihat..

Kini,
kau tidak lagi gembira,
keluar sesuka jiwa,
aku memerlukan kau di saat buah jantung pergi dengan rela,
kenapa kau suka keluar ketika dulu dengan teman jiwa,
buah jantung itu lebih istimewa daripada teman jiwa,
oleh kerana ke'trauma'an dek torehan pedang samurai peristiwa,
kau malu dan mahal untuk dinilai..

Tiba sudah waktu ini,
teman jiwa dikenang kembali,
buah jantung berlegar-legar disisi tetapi hati di lempar ke kotak lagi satu,
kedua-dua kau ingini,
dia mahu aku jadikan dirinya teman jiwa kedua,
itu adalah rumit bagi aku,
teman jiwa dan pengarang jantung sangat berbeda yang amat sangat..

Makanya.. aku dengan teman jiwa adalah penghibur dan pembantu leka..
Tetapi.. aku dengan buah jantung adalah teman jiwa dan penghibur dikala duka serta menjadi
pembantu bila susahnya juga penjaga hati saat kebahagiaan dilepaskan..
Mampukah dia membuat kau keluar kali ini??

Aduhaii mutiara mataku,
Andai dia berjaya membuat kau menjelma,
Aku akan pergi lagi.. Kali ini lebih extreme daripada dahulu...
Maaf jika aku tidak dapat menjadi teman jiwakepada buah jantungku..
Salam.

#AkuYangMemahamiDiriAku

Tiada ulasan: