06 Oktober 2012

Utusan Cicip : "Aku Pergi Kerana Kau Bahagia"


Wahai cicip,
Sampaikan segala ceritaku padanya
Agar dia tahu betapa kasih dan sayang aku akannya

Hai cicip,
Katakan padanya : 
"Aku sanggup mengumpul awan agar menjadi kenderaan
untuk pergi menemukan dirimu
Akan aku kayuh berjalan sehingga melihat cahaya cintamu
Sebuah  pulau jiwa bersinar menyuluh awanan yang aku naiki
Indah dijiwa indah lagi dirasa"

Katakan lagi wahai si cicip pada sayangku :
"Aku memerlukan kau dikala ini
Kerinduan yang terlalu berat
Tidak dapat lagi ku menahannya
Jangan disiksa diri ini
Menanggung rindu seorang
Sedang dirimu indah bersama rindu yang lain
Hanya aku melayan sendiri
Sedang tanganmu menepuk bersama tangan lain

Ceritera yang ku lakar untuk kita
Bukan untuk si dia
Kau lakar semula bersamanya
Sungguh yang teristimewa bagi ku
Bagimu hanya biasa-biasa saja

Tidak sekali kau teringat kenangan kita
Hanya yang indah kau rasa
Bersama diri si dia

Tidak rela hati ini melepaskan mu
Kau tetap jiwaku
Aku tahu kau fahamiku
Cuma katamu tidak membuang riak muka

Sakit..Sakit...Sakit..
Tiada penawar lagi

Janganlah kau seperti yang lain
Mengambil kebaikan ku
Sedang keburukan ku kau tiada tegahkan
Hanya kau ambil kenikmatan bersama
Sesudah itu kau lemparkan
Menyedut ketika ia penuh manisnya madu
Dan kau buang aku seperti hampas yang ringan tiada apa

Airmata hanya keranamu
Memberat jiwaku
Mengubah warna dunia
Membuat semua menjadi kelabu
Ku kecewa
Kau bahagia
Andai kau mengerti khabaran ini
Terima kasih jiwa
Andai kau buat-buat tidak tahu
Terima kasih juga cinta
Andai kau betul-betul tidak fahami
Selamat tinggal sayang....

Perginya diriku untuk kebahagian mu"

Sudahlah wahai cicip ,
Khabaran itu kau bisikan padanya
Bahawa aku mahu dia tahu
Aku sangat mencintai dia
DIA BAHAGIA, AKU PERGI

Tiada ulasan: