Ada sehelai si tisu terletak pada rak kedai yang belum disentuh,
Sangat tinggi tempatnya untuk dicapai,
Suatu hari,
Ada sang tangan teringin menyentuh dan memilikinya,
Lalu terus berusaha menggunakan tangga untuk mengambil si tisu itu,
Disentuh dan diambil tisu itu dengan lembut dan berhati-hati,
Takut terjatuh rosak dan kotor tisu itu,
Selepas turun dari tangga,
Sang tangan pergi ke kaunter bayaran untuk membayar harga tisu itu,
Apabila sudah membelinya,
Sang tangan masuk ke kereta lalu membuka sampul plastik si tisu,
Dia menarik satu helaian daripada tisu,
Dan tisu itu di lapkan pada sang muka yang berpeluh dan berminyak,
Lantas tisu itu kotor dan lusuh,
Tersentak si tisu lalu menangis,
Sang tangan membuka tingkap kereta dan terus membuang si tisu dari kereta,
Si tisu lain menangis kerana kehilangan sikit demi sedikit,
Ada si tisu yang terakhir berkata,
"Akulah helaian tisu yang terakhir, selepas ini kita tidak akan bertemu lagi wahai
sang tangan...
Aku ada disini hanya untuk kamu menjadi bersih dan selesa..
Membuat kamu ceria dan bergembira...
Tiba masanya aku pergi dan berkhidmat untuk kamu buat kali terakhir..
Gunakan aku dengan sebaik-baiknya..
Kerana selepas ini, kamu pasti mencari
tisu yang lain.. Tisu yang lain itu akan memberi khidmat kepada kamu juga... Maka hargai setiap
helaian tisu yang kamu guna.. Kerana tisu sangat lembut, yang mudah tercarik..
Dan jika tercarik, pasti kamu akan mencari tisu yang lebih baik..
Duhai sang tangan, bagi kamu....Aku adalah tisu yang tidak bernilai..
Di buang selepas kamu menggunakan aku..
Tidakkah kau terfikir, kali pertama kau mahukan aku..
Kau melihat dengan teliti, kau susah untuk menyentuh aku..
Kau berusaha dengan payah untuk memiliki aku..
Kau membeli aku dengan hasil titik peluh kau...
Dan kemudian, kau menggunakan aku untuk keperluan hidupmu..
Tidak sampai beberapa saat kau miliki aku, terus kau membuang aku tanpa terasa sesuatu..
Waktu yang singkat untuk perkenalan kita..
Kau tidak hargai sedikit pun..
Hanya aku yang beriya-riya berusaha membuat kau selesa dan gembira..
Dan kau hanya sekeping hati tidak punya rasa belas dan kasih menghargai
aku sebagai sesuatu yang telah kau gunakan untuk kepentingan kau...
Jika kau ambil aku dengan cara yang baik dan sopan,
Kau juga perlu lepaskan aku dengan cara yang sebegitu..
Dibuang di dalam bekas yang tidak ada yang lain akan mengasari aku seperti kau,
tong sampah adalah tempat terbaik untuk aku hidup tenang setelah aku tidak berguna pada kau...
![]() |
Tisu Pun Ade Perasaan |
Carilah tisu lain tapi jangan kau perlakukan tisu lain itu seperti aku..
Kerana kelak jika tidak ada lagi tisu di dunia ini, kau akan menangis terkenang akan aku dan tisu yang lain..
Hargai aku yang terakhir ini, kerana kau punya hati.. Sedang aku tidak punya hati ini pun,
terasa sedih.. Apatah lagi kau makhluk yang dicipta punya hati dan jiwa..
Selamat tinggal sang tangan, inilah peasanan aku yang mewakili tisu-tisu seantero dunia.."
Lalu sang tangan mengambil tisu itu dan menggunakannya, lalu membuang tisu ke dalam tong sampah..
Menangis sang tangan melihat kehilangan tisu yang memberi pesanan itu,
kerana tisu lain berdiam mengorban diri untuk sang tangan. Barulah sang tangan tahu, akan tisu-tisu punya jiwa juga walaupun tidak ada hati dan roh..
Begitu juga manusia, pepatah dan kata diberi untuk pedoman hidup.
Yang baik jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan..
Jangan kita leka dibuai angan mimpi indah dengan yang kita rasa amat bahagia,
sedangkan kita pernah buat orang lain terluka tanpa kita sedari..
Jangan kamu bangga dengan apa yang kamu miliki,
kelak kita akan rasa kehilangannya jua..
Jadi jangan terlalu berharap ia akan kembali..
Kerana sesuatu yang jadi kita tidak pasti..
Semua terletak padaNya yang Esa..
Syukuri dengan segala nikmat yang diberinya dan berdoa akan dikekalkan sehingga akhir hayat kita..
Jiwa yang rasa-rasa pernah kita lukai, janganlah disangka sudah selesai perasaannya setelah melihat wajahnya...
Hanya kata-kata jiwa diluah dan maaf diterima dengan ikhlasnya, hanya itu yang boleh membuat kita
rasai keikhlasannya...
Ini ceritera sang tangan dan si tisu mengalas kata jiwa memperalatan perasaan untuk semua yang berdiri untuk bangun dan yang tunduk untuk duduk.. Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan