![]() |
Si Senja Merah |
Salam Senja Merah..
Apa khabar kamu di sini?
Jauh ribuan langkah,
Penat sejuta lelah,
Menapak perit tanah merekah,
Hanya untuk ketemu kamu.
Hitam malam akan tiba,
Perjalanan saatmu sangat singkat,
Namun saat mu ini telah banyak memberi aku jiwa,
Jiwa yang akan meredah benua masa,
Aku akan berjalan lagi,
Walaupun kamu membuka hijab kerlipan bintang-bintang..
Kamu sungguh menawan hati,
Merahmu meruntun qalbu ku,
Merendam jiwaku dengan cecair tangisan alam,
Melukis pandangan dengan kanta kecil ku,
Sungguh indah kamu hari ini,
Tidak dapat ku lupa akan hadirmu,
Kewujudan kamu, aku kagumi,
Kerana kamulah pemberi sinar si pengembara duniawi,
Kamulah yang terakhir kali untuk dilihat oleh si kanta pada penghujung hari...
Pergilah bersemanyam bersama rindu jiwa fakir ini,
Syukur atas kurniaanNya, kerana kamu hadir sekali lagi,
Aku berharap kamu akan menjelma lagi,
Di kala aku mengkuis nur ritma si Laila Majnun,
Pergilah kamu.. Pergilah Sang Mentari Merah... Cukuplah untuk hari ini...
Semoga esok berjumpa lagi!!
#PenataKata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan