![]() |
MerekaLahCahayaJiwaSaya |
Dalam satu gua
Sungguh gelap dan sunyi
Sejuk membeku titisan air dari speleothem
Membentuk stalaktit dan stalakmit
Menjadi tiang pengukuh si gua
Corong laluan air mineral pada atap gua
Membuatkan lantainya basah licin
Penghuninya yang enak bergantung
Menlingkari celah batu
Berterbangan ke sana ke mari
Si rama-rama sesat
Mencari si cahaya
Ingin menyirup udara hutan semula
Hari semakin dingin
Si rama-rama hilang arah
Tahan membeku membiru bibir kesejukan
Berderu tetesan menanda hujan
Tiada lagi si rama-rama melihat harapan
Untuk keluar dari daerah menakutkan
Lemah, patah jiwanya
Namun sesedang terbang rendah
Terlihat satu pancaran
Pancaran yang sangat terang
Seluruh gua menjadi putih
Si rama-rama terus terbang ke arah itu
Menuju jiwa-jiwa cahaya
Si rama-rama bermonolog
Terime kasih pada mereka
Kerana membawa aku keluar
Hanya dengan cahaya sahaja
Aku boleh melihat dunia
#impisanCeritaDariSimataKata
----MerekaAdalahCahaya----
Tiada ulasan:
Catat Ulasan