13 Ogos 2010

katanya kecewa.

salam ukhwah jiwa.

katanya sudah biasa
sudah banyak kali terkena
seperti sudah hilang percayanya
hanya satu hal hari itu
diri ini seperti dianggap penipu
terasa jiwa besi ini dilentur bara panas

katanya lagi
siapalah dia untuk memarahi
sedangkan diri ini sentiasa
rela menerima tegurannya
katanya seperti terlalu kecewa dengan diri ini

usah dirisau katanya lagi
aku ini siapa?
risau itu sikap hati
bukan diundang risau itu
ia datang tanpa silu

janji itu dilupakannya
 akan dikotakan selagi bernafas
dia seolah tidak akan lagi
percaya niat ikhlas ini

segala berlaku
tidak dapat ditahan oleh jasad pinjaman ini
dia faham atau tidak
memang kecewa melanda hatinya

janji adalah janji
biar darah mengalir untuk janji itu
diri ini tidak pernah berputus asa
janji tetap janji
hanya masa dan kepercayaan diharap
pada penghujung hayat.

hanya kau 'SAHABAT' aku

Tiada ulasan: